Monday, May 25, 2009

Rukun Negara #2

(written on Feb 5, 2009)

*taken from utusan malaysia online Jan 6, 2009*

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_07.htm

Saya tetap MB - Nizar

IPOH 5 Feb. - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang enggan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar seperti dititahkan oleh Sultan Perak beranggapan beliau masih menyandang jawatan itu secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan menjalankan tugas sebagai Menteri Besar seperti biasa dan tetap pergi ke pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini esok walaupun pejabat itu sudah ditutup oleh polis pada ketika ini.

Mohammad Nizar berkata, pendiriannya untuk tidak meletakkan jawatan sudahpun dinyatakan kepada Sultan Azlan Shah semasa menghadap baginda di Istana Kinta pada tengah hari ini.

''Saya dengan rasa rendah hati, dengan penuh rasa... memohon derhaka kepada Tuanku menyatakan patik sebagai Menteri Besar dan juga 'leader of the house' memohon untuk tidak mahu meletakkan jawatan.

''Jadi, saya telah keluar dan membuat mesyuarat dengan seluruh kepimpinan pakatan di peringkat negeri dan juga Pusat bagi menyatakan supaya sama-sama memohon kepada rakyat bersama dengan kita.

''Duli Paduka Seri Sultan telah menyatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mempunyai 31 ADUN dan pakatan pembangkang pula 28 ADUN.

''Saya telah diminta untuk memahaminya, tetapi saya telah menceritakan berkenaan hujah-hujah semasa saya datang berjumpa dengan baginda sehari sebelum ini.

''Sebelum ini, saya memohon sebagai Ketua DUN untuk mendapatkan mandat baru daripada rakyat Perak dengan memohon diperkenankan diadakan pilihan raya agar kerajaan baru dapat dipilih secara adil," katanya.


Dimanakah rukun negara #2: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA?

0 comments:

Post a Comment