Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, March 13, 2010

Perihal anak

Ramai org telah mula bertanya bila saya mahu ada anak. "Perut sudah berisi?" ke.. "Wah, nanti anak kau org Australia la!" ke.. atau "Mama, k.fizah dah kawin eh? Nanti k.fizah ade anak tak? Anak diye laki ke perempuan?" Soalan yang terakhir itu adalah soalan pertama tentang anak yg saya terima, dan soalan itu ditanya oleh sepupu saya yang baru sekolah tadika..

Tidak dapat saya nafikan, naluri seorang ibu telah lama ada dalam diri saya. Tatkala memandang bayi2 yg comel, terdetik hati "Nanti aku ade anak, hopefully comel jugak!" Kanak-kanak kecil di bawah umur 7 tahun juga mungkin boleh merasakan naluri keibuan saya. Tak dapat saya terangkan bagaimana, tetapi kanak-kanak dari kumpulan ini sering menunjukkan tanda2 yang mereka senang bersama saya, walaupun saya tidak pernah memberi 'rasuah' gula-gula atau sebagainya. Mungkin saya pun senang dengan mereka. Masih naif dan manja, masih tidak pandai melawan kata.

Namun apakan daya, saya masih belajar untuk mendapatkan Master degree. Mendapat anak pada peringkat ini, pada saya, agak menyukarkan saya untuk pergi ke kelas, membuat assignment, membuat kajian dan sebagainya. Mungkin bagi sebilangan org, itu bukanlah alasan. Saya tahu jika kita inginkan sesuatu, kita pasti boleh melakukannya. Tetapi saya juga tahu tentang kemampuan saya. Ya, saya boleh membuat banyak kerja pada satu2 masa, tetapi saya tidak yakin dengan kemampuan saya berjalan laju menaiki tangga pergi ke kelas dengan perut yang memboyot, dengan emosi yang tidak stabil, dengan tekak yang loya tanpa alasan.

Mungkin nanti, bila saya sudah tidak perlu mengambil banyak kelas lagi, bila tanggungjawab saya hanyalah membuat kajian di makmal. Pada waktu itu, mungkin saya tidak perlu untuk bergegas ke kelas dan berlari-lari untuk menghantar assignment. Pada waktu itu, saya yakin dengan kemampuan diri saya untuk menjalankan tanggungjawab kerja saya dengan perut yang memboyot. Pada waktu itu, saya tidak akan menolak sekiranya saya diberi rezeki daripada Allah untuk mendapat anak. Pada waktu itu, saya yakin untuk menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang bakal pendidik dan juga sebagai seorang isteri yang bertanggungjawab melahirkan zuriat suaminya. Saya tahu suami saya juga menginginkan zuriat daripada saya.

Tetapi bukan waktu ini. Pada waktu ini, saya masih tidak yakin.

Nanti, ya?