Tapi terfikirkah kita, bila gaji naik tiba-tiba, harga barang-barang akan naik juga? Ye lah, kalau kita lihat sekarang pon, dengan kenaikan seposen dua bahan mentah, harga barang-barang boleh naik mendadak. Apatah lagi bila pekedai perlu menyelaraskan harga dengan kenaikan gaji pekerja. Jangan lupa, takkan gaji pekerja nak naik seposen dua je. Mesti la diorang demand seratus dua. Paling koman pon 50 ringgit. Tak mustahil bila gaji pekerja naik, harga barang-barang akan naik mendadak juga. Alasan yang akan diberikan pekedai, "Kena bayar gaji pekerja tinggi la kak". Tak gitu?
Hmm.. ada tak caranya gaji pekerja naik, tapi harga barang takkan naik? Ada rasanya. Paling senang adalah dengan pembuangan pekerja. Contohnya, kalau sekarang gaji pekerja RM500, dan gaji ni akan naik 100%, jadi RM1000, pekedai yang ada 4 pekerja akan terpaksa menampung perbelanjaan tambahan RM2000 sebulan. Kiranya untuk mengekalkan jumlah keuntungan yang sama seperti sebelum kenaikan gaji pekerja, pekedai ni perlu memastikan jumlah duit yang masuk dalam sebulan adalah RM2000 lebih daripada biasa. So, ada tiga cara pekedai ni boleh memastikan perkara ini berlaku. Satu, dengan menaikkan harga barang. Atau dua, dengan memastikan jualan meningkat dengan jayanya. Atau tiga, dengan membuang 2 orang pekerja, so that dia tidak perlu risau untuk menampung kenaikan gaji. Antara tiga cara ni, mungkin yang paling mudah adalah dengan membuang pekerja, atau menaikkan harga barang, atau dengan kombinasi kedua-duanya. Tapi apa-apa hal pon, mana-mana cara yang dipilih pon, orang akan bising. Ye lah, kenaikan harga barang akan menyebabkan pelanggan bising. Pembuangan pekerja akan menyebabkan pekerja yang dibuang bising (sbb takde kerja), dan pekerja yang tak dibuang bising (sbb terpaksa cover kerja pekerja-pekerja yang dibuang). Kalau tak naikkan harga barang dan buang pekerja pon, pekerja akan bising sebab akan terpaksa meningkatkan produktiviti untuk memastikan jualan meningkat (so akan selalu kene maki dengan bos, dan kita pon akan maki bos dengan bestnya, lalu dua-dua pon akan tambah dosa). So kesimpulannya, dari kaca mata pekerja seperti kita, memang kita nak gaji naik, tapi, jangan kita lupa, dengan peningkatan gaji, akan adanya peningkatan harga barang kalau kita malas untuk meningkatkan produktiviti. Dari kaca mata pekedai pula, sudah tentulah mereka tak mahu bayar gaji kita lebih, lebih-lebih lagi sekiranya duit yang masuk setiap bulan tidak meningkat (yelah, mana nak dapat duit bayar gaji weh). So, sebagai pekerja, kita perlulah meningkatkan produktiviti supaya para pekedai/boss boleh menaikkan gaji kita tanpa peningkatan harga barang yang melampau. Apa boleh buat kalau produktiviti dah meningkat tapi gaji tak naik-naik? Kita bakar bos! Muahahaha!!
Owh, terlupa pula, mungkin ada lagi satu cara untuk mengekalkan harga barang dengan peningkatan gaji. Kalau di negara-negara berpendapatan tinggi, seperti di Australia ni, kedai tutup punyalah awal. Ye lah, shopping mall buka pukul 9-10 pagi, dan tutup pukul 5:30 paling lewat biasanya. Kalau hari minggu, lagi awal, pukul 4 petang dah tutup. Jumaat malam je yang bukak sampai pukul 9 malam. Ye lah, kalau bukak lama-lama, nak kene bayar gaji pekerja lagi, lagi-lagi pulak hari minggu, gaji lagi tinggi. Mati kutu lah pekedai. So, mungkin dengan memendekkan masa pekerja bekerja akan boleh mengekalkan harga barang dengan kenaikan gaji, tapi tak tahu la ye. Sebab dengan memendekkan masa bekerja, akan mengurangkan masa jualan, jadinya, merendahkan jualan. Hmm last-last kena naikkan harga barang juga.
So kesimpulannya, dengan kenaikkan gaji tanpa peningkatan produktiviti, harga barang-barang akan naik juga. Hence, inflasi. (chewah, mari mengaplikasikan pembelajaran ekonomi selama setahun dua. haha).
Jadinya macam mana ni? Apa-apahal pon, harga barang akan naik juga, walaupun gaji naik. Sama juga la keadaannya macam sekarang. So, apa yang kita boleh buat?
Mungkin benda yang paling mudah kita boleh buat adalah dengan menukar gaya hidup. Back to basic. Seperti gaya hidup kita/mak ayah kita masa dulu-dulu. Pergi sekolah/kerja, bawa bekal. Nak masak, petik cili belakang rumah. Sebenarnya sedar tak sedar, kita hidup secara agak mewah, walaupun kita taknak mengaku. Kenapa cakap macam tu?
(i) Boleh kata semua orang ada kereta. Tapi ni tak boleh nak tukar sangat buat masa sekarang sebab pengangkutan awam masih belum reliable sepenuhnya. So, kita tak boleh tukar itu. Tapi kepada sesiapa yang boleh naik pengangkutan awam, naiklah. Disamping boleh mengurangkan kos, kita boleh mengurangkan pencemaran dan jem juga. Bila jalan kurang jem = pengangkutan awam seperti bas dan teksi akan jadi lebih reliable. (ye lah, macam mana nak reliable sekarang? jalan kat kl jem nak mati!!)
(ii) Boleh kata kita sangat-sangat jarang makan masakan sendiri. Ye lah, berapa ramai yang bila sampai ofis, dah siap breakfast, atau paling kurang pon, ade bawa bekalan breakfast sendiri. Belum masuk lunch lagi. Dinner pon kebanyakannya beli lauk diluar, makan di rumah. Yelah, pantas kan. Tapi cuba kita kira perbelanjaan makan di luar kita dalam sehari. Dalam seminggu? Sebulan? Lepas tu darab dengan bilangan ahli keluarga. Uish, melambung you~
(iii) Kita tak mahu bercucuk tanam lagi. Ye lah, semua bahan-bahan kita beli di luar. Attitude yang selalu kita dengar/lihat, "Buat apa tanam, beli je senang." Ehem, cuba kita tanam sendiri, kan senang, tak payah keluar duit selalu untuk beli benda-benda yang kita boleh tanam tu. Silap-silap haribulan, kita sendiri boleh berniaga. Kalau duduk rumah flat ke, kita boleh tanam benda-benda simple dalam pasu, cili ke..bawang ke..best woo makan hasil tangan sendiri. (Terbayang-bayang rambutan yang banyak nak mati depan rumah bila tiba musim rambutan. yumyum). Takpon, boleh pakat dengan penduduk flat, buat satu dua kawasan tanaman sayur kat bawah flat. Gilir-gilir bertanam, atau pun siapa-siapa nak bercucuk tanam boleh sewa tanah untuk bertanam. Bila dah ada hasil extra, boleh jual. Kalau kongsi-kongsi tanam lagi bagus. Boleh jual kepada penduduk flat dengan harga rendah. Community work la kire..
(iv) Boleh kata kebanyakan dari kita memiliki handphone/gajet/baju/kereta yang wow walaupun poket menangis wuwuwuwu~.Hmm..pandai-pandailah berfikir ya..mana satu kemahuan, mana satu keperluan. Kita tak layak merungut gaji tak cukup kalau kita sendiri yang tak pandai berbelanja.
So, untuk mengatasi kos sara hidup yang semakin meningkat ni, mungkin kita perlu mengubah gaya hidup. Naik pengangkutan awam (kalau boleh), bawa bekal, rajin bercucuk tanam, beli barang keperluan je.. Apa? takde class hidup macam tu? Banyak la takde class. Kita perlu mengubah gaya hidup, untuk terus hidup. Orang-orang di US dan Australia pon hidup macam tu. Pekerja-pekerja Australia satu pejabat ni pon pergi minum pagi di kafeteria seminggu sekali, waktu-waktu makan lain diorang pergi ke pantry je, makan bekal sendiri, dan buat air sendiri. Ada yang datang kerja naik basikal. Masa di US lagi lah, professor pergi mengajar naik basikal, merempit lagi laju dari student! (teringat pengalaman dipotong professor berjanggut putih dgn basikal. haha). Ni orang-orang terpelajar dari negara-negara maju berpendapatan tinggi ni. Kita? Orang-orang biasa dari negara membangun berpendapatan biasa-biasa je. Lagi mau komplen takde class?
Okay, penat dah membebel. Memang sesuai la tajuk post ni potpetpotpet. Sekian..
1 comments:
Why Blockchain wallets turns slow after installing ?
After installing Blockchain wallet turns slow, it consumes some of the total memory available to the computer. If your computer doesn’t hold that much space, it may turn your wallet slow. In order to fix this issue, you can dial Blockchain phone number 1800-665-6722 and get in touch with the talented professionals immediately. They have talented professionals will explain to you the occurrence of such a problem and also deliver solutions to fix this problem. Visit our website-: https://www.cryptophonesupport.com/wallet/Blockchain/
blockchain support
blockchain support number
Post a Comment