Wednesday, December 16, 2009

Perkara-perkara yg saya pelajari ketika BTN

Dah taktau nak buat ape ni. Tulis blog lah.

Hmm hari ni mari menulis pasal topik2 dalam BTN ari tu.

Basically BTN ari tu citer pasal sejarah Malaysia, starting from kurun ke-7 lagi. Sejarah dari kurun ke-7 ini adalah penting untuk menceritakan tentang perlembagaan, specifically what people call as kontrak sosial (walaupon dalam perlembagaan tiada tertulis perkataan kontrak sosial sebenarnye).

Anyway, pada kurun ke-7, Nusantara (read: tanah2/kepulauan di Asia Tenggara) merupakan satu tamadun, yang dikenali sebagai tamadun Melayu, sama seperti tamadun China, tamadun India dan sebagainya. Apabila penduduk dalam sebuah tamadun itu berhijrah ke kawasan lain dalam tamadun yg sama, dia tidak dikira sebagai pendatang. Kefahaman terhadap konsep ini adalah penting kerana pada masa sekarang ramai org yg mempertikaikan bahawa org Melayu di Malaysia adalah pendatang juga kerana kebanyakannya nenek moyang berasal dari Indonesia. Tetapi sebenarnya tidak, kerana asalnya orang Melayu adalah dari Kepulauan Melayu. Anyway, bezanya tamadun Melayu dengan tamadun China dan India adalah, tamadun Melayu terpecah kepada beberapa negara akibat kedatangan kuasa2 penjajah yang berlainan.

Semasa orang2 Melayu berjuang untuk memperoleh kemerdekaan dari British, orang2 Cina dan India pada ketika itu berdepan dengan dilemma kerana mereka bukan warganegara di Tanah Melayu. Ini bermakna, selepas kemerdekaan, mereka either akan dihantar pulang ke China atau India, atau ke Britain (sebahagian org China dan India yg dibawa masuk ke Malaya pada waktu itu mendapat kerakyatan Britain). Tetapi, dengan keadaan hidup yang rata2nya lebih stabil di Tanah Melayu, org Cina dan India pada waktu itu tidak mahu pulang ke tanah air mereka kerana keadaan ekonomi yg lebih lemah di sana. Pulang ke Britain pula bermakna mereka akan terpaksa bersaing dengan penduduk asal di sana yang sudah jauh lebih maju (perlu diingat pada waktu itu org Cina menguasai perniagaan, dan org India menguasai estet2 di Tanah Melayu). Jalan lain yang tinggal untuk org Cina dan India pada ketika itu adalah dengan menjadi warganegara di Tanah Melayu.

Namun begitu, untuk memberikan taraf kewarganegaraan, suatu perjanjian perlu dibuat untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. (Perlu diingat, pemberian kewarganegaraan pada waktu ini melibatkan jumlah yang besar; bayangkan jika kita memberi kewarganegaraan secara serentak kepada semua pendatang asing di negara ini sekarang). Dengan pemberian kewarganegaraan, org Cina dan India perlu bersetuju dengan Raja-raja Melayu sebagai ketua negara, agama Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, dan juga hak2 keistimewaan orang Melayu. Jika kita lihat kepada tiga perkara yg awal (Raja2 Melayu, agama Islam, dan Bahasa Melayu), perkara2 itu bukanlah sesuatu yg baru yg dibuat sebagai pertukaran kepada kewarganegaraan yang diberi; perkara2 itu adalah perkara2 tunjang yg memang telah diamalkan di Tanah Melayu sejak berkurun2 lamanya. Ianya seperti ikrar kesetiaan kepada negara yg ingin dimasuki. Perkara yang baru hanyalah hak2 keistimewaan orang Melayu (dan kemudiannya termasuk Bumiputera), dan inilah perkara yang menjadi pertukaran dengan taraf kewarganegaraan yang diberi. Namun, kita perlu sedar bahawa dengan pertukaran ini, orang2 bukan Melayu juga mendapat hak mereka sebagai warganegara, dan di dalam perlembagaan ada menyatakan bahawa Raja2 Melayu perlu menjaga kedua2nya--hak2 orang2 Melayu dan bukan Melayu. After all, kita semua adalah rakyat Malaysia.

Bercakap berkenaan rakyat Malaysia, sebenarnya rakyat Malaysia terbahagi kepada tiga kategori: (1) Melayu, (2) Bumiputra, dan (3) warganegara. Melayu adalah seseorang yg beragama Islam, bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Mengamalkan adat istiadat Melayu dalam konteks ini bermaksud paling kurang salah seorang ibu atau bapanya merupakan seorang Melayu. Kiranya ia menggambarkan pertalian darah. Bumiputra pula merujuk kepada orang2 asli di semenanjung, dan ras2 asli di Sabah dan Sarawak. Suku kaum Melayu di Sabah dan Sarawak juga termasuk dalam kategori Bumiputra, dan bukan kategori Melayu. Ini adalah kerana Sabah dan Sarawak bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu untuk menjadi Malaysia selepas perlembagaan telah digubal. Namun begitu, mengikut perlembagaan, Bumiputra juga mempunyai hak2 yang sama seperti Melayu. Warganegara pula merujuk kepada taraf kewarganegaraan yang diberi, iaitu org bukan Melayu atau Bumiputra.

Di samping itu, kami juga didedahkan dengan kesan2 yg akan terjadi sekiranaya perlembagaan dipinda. Contohnya, pelupusan perkara 153 dalam perlembagaan (hak2 keistimewaan orang Melayu) akan menyebabkan hilangnya taraf kewarganegaraan bagi org bukan Melayu (perkara 153 ada juga menyebut tentang hak2 orang bukan Melayu). Begitu juga dengan kes Azlina Jailani (Lina Joy) yang meminta gugurnya perkataan Islam dari kad pengenalannya. Mengikut perlembagaan, org Melayu mestilah beragama Islam (tidak seperti org bukan Melayu, org Melayu di Malaysia tiada hak untuk menukar agama, walaupun pada realitinya ada yang murtad..itu adalah urusannya dengan Allah), dan ini menerangkan mengapa Azlina Jailani kalah dalam perbicaraannya. Sekiranya dia menang, kemenangannya boleh menyebabkan perkataan Melayu di dalam perlembagaan (ada 38 kesemuanya) menjadi void, termasuk Raja-raja Melayu, dan ini akan menyebabkan negara kita menjadi sebuah negara republik (yang pada pendapat saya, lebih tidak stabil, kerana lihat sahaja sekeliling kita. Politik sekarang yang agak terkawal dengan adanya raja-raja ini pon sudah ntah apa2, bayangkan sekiranya negara kita menjadi negara republik, semua nak berebut kuasa). Namun begitu, apa-apa pindaan yang ingin dibuat ke atas perlembagaan yang berkisar dengan orang Melayu akan memerlukan kelulusan Majlis Raja-raja. Ini merupakan satu benda tentang perlembagaan yang saya rasa membuatkan ia begitu unik dan kukuh.

Selain dari itu, konsep asas pentadbiran negara dan konsep 1Malaysia juga diberikan penerangan. Yang saya maksudkan dengan konsep asas pentadbiran negara ialah negara kita mengamalkan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Sekiranya sesebuah negara mengamalkan konsep demokrasi sepenuhnya, ianya bermaksud kuasa mutlak di tangan rakyat, manakala konsep beraja sepenuhnya bermaksud kuasa mutlak di tangan raja. Tetapi negara kita berada di tengah2--both raja dan rakyat have a say in pentadbiran negara. Demokrasi berparlimen bermaksud, since penduduk negara kita mencecah lebih 27 juta ramainya, adalah mustahil untuk semua berkumpul dan memberi pendapat tentang pentadbiran. Lalu negara telah dibahagikan kepada 222 bahagian, dan setiap bahagian akan menghantar seorang wakil untuk mewakili mereka. Inilah yang dikatakan demokrasi berparlimen; rakyat menghantar wakil untuk menyalurkan pendapat mereka ke parlimen. Raja berpelembagaan pula bermaksud raja masih memerintah, namun kuasa mereka terikat dengan apa yang dinyatakan dalam berlembagaan.

Konsep 1Malaysia pula bukannya bermaksud semua rakyat mempunyai hak yang sama rata. Kita bukan negara komunis. Hak kita memang berlainan berdasarkan keperluan. Keyword untuk konsep 1Malaysia adalah 'penerimaan'. Ianya bermakna, kita sebagai rakyat Malaysia menerima bahawa kita semua berbeza, namun kita semua adalah rakyat Malaysia.

Basically, itulah perkara2 penting/asas yg dibincangkan di BTN. Bagi saya, ianya tidak perkauman kerana setiap kenyataan dilampirkan dengan fakta (Fasilitator saya akan menyuruh kami merujuk buku perlembagaan on the spot, lengkap dengan nombor perkara, bagi setiap jawapan untuk persoalan yg kami ajukan. Kagum). Mungkin jika kita membuka minda kita untuk mendengar setiap penerangan tentang negara kita, kita akan sedar bahawa negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang unik, yang terbina atas persefahaman antara kaum.

Saya cinta Malaysia.

p/s: sekiranya ada persoalan tentang apa yg saya tulis, sy akan cuba menerangkannya dengan lebih terperinci berdasarkan apa yang saya pelajari, namun saya bukanlah pakar perundangan. Jika soalan terlalu mendalam, mungkin kita perlu rujuk kepada yang pakar.

p/s: owh btw, tambahan. 'Ketuanan Melayu' merujuk kepada Raja-raja Melayu, dan bukannya merujuk kepada org Melayu sebagai tuan tanah ini atau sebegainya. Orang Melayu dan bukan Melayu semuanya sama sahaja..semua pun rakyat Malaysia.

4 comments:

masmuni said...

wow saya kagum awak berjaya menulis dan menerangkan perkara-perkara ini menggunakan bahasa melayu O_O

-bape byk masa ko habiskan tulis benda ni? hoho-

Fiza Pushie said...

aku pon tak sure. yg pasti lebih sejam kot. lepas tulis tros pening. hahahaha

Azrul said...

salam. tumpang lalu nak menyampuk sket.

cuma nak confirm pasal orang asli di semananjung tu. confirm ke diorang tu bumiputera? rasanya tak kot. rasanya la....maybe bleh check balik dengan faci...

lagi satu just nak share pasal definisi kontrak sosial (literally) : satu perjanjian, persefahaman dan persetiaan di antara 2 atau lebih pihak bagi mencapai satu matlamat, dan dibuat secara LISAN atau BERTULIS

so kalau orang tanya mana dia dokumen kontrak sosial, jawapannya memang la takde sebab masa tu kontrak sosial ni dibuat secara lisan

anyways. good article la. congrats la sebab faham pasal benda ni

Fiza Pushie said...

azrul,

thank you for stopping by my infamous blog haha

hmm..faci sy kate org asli di semenanjung tu bumiputra. taktau la kalo diye tipu kan. haha

anyway, thanks for sharing :)

Post a Comment