Thursday, August 6, 2009

7 wasiat raja Melayu

I found this link when I logged in to Facebook this morning. I don't know what's there with the kings and sultans, but I honestly respect and look up to them. Hahah I'm such a loyal citizen, I know.. Anyway, I'll just post this up, since I had never heard about this, so I bet some of us don't know about this as well. So here it is, people. I copy and paste this from here.

7 wasiat raja Melayu

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

  • Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

4 comments:

LuN said...

mase skolah dulu, i hate history,but I got an A for that subject because i love the teacher! =p

Fiza Pushie said...

hahahahaha! mesti cikgu lelaki muda yg boleh tahan hensem dan suka senyum2 :P

O-man said...

actually aku respect raja-raja Melayu.
Yang aku tak respect ialah suku kaum kerabatnya yang nak tumpang glamer & power..starting from anak hingga lah ke bau2 bacang.

Fiza Pushie said...

owh, setuju. kadang2 nama ada tengku je, tros berlagak. padahal sendiri tak sure camne diye boleh dapat gelaran tengku tu. haha

Post a Comment