Wednesday, July 8, 2009

Monolog: 9 bulan

(amaran: sesiapa yang tidak berhati jiwang, read at your own risk.)

Mohd Dzulkarnain Zainal Ahbiddin.
Bergambar ketika bersiar-siar di Taman Burung, Kuala Lumpur.


Sedar tak sedar, sudah 15 tahun aku mengenali lelaki ini, dan semalam, genap 9 bulan aku bersamanya. 9 bulan yang aku rasakan begitu pantas berlalu. 9 bulan yang dipenuhi kisah suka-duka dan juga cinta. Ya, cinta.

Apa itu cinta? aku pun tidak tahu apa jawapannya dalam bentuk kata-kata, tetapi yang pastinya aku yakin, apa yang aku rasakan ini adalah cinta. Aku masih ingat kali pertama dia melafaskan kata cinta kepadaku. Ketika itu, kami berdua berada di dalam kereta untuk ke suatu tempat. Pada waktu itu, hubungan kami baru berusia beberapa minggu..mungkin 2 atau 3. Dia katakan padaku, "I sayang you, I cinta you. I taknak menggunakan perkataan 'love' kerana ia boleh membawa maksud 'sayang' atau 'cinta'. Bagi I, 'cinta' adalah perasaan yang lebih kuat dari 'sayang'. Semalam I sedar yang perasaan I terhadap you sudah mencapai tahap cinta. I cintakan you, sayang."

Aku tidak tahu apa yang aku patut katakan pada ketika itu. Lidahku kelu. Tiada yang keluar dari mulutku melainkan ucapan terima kasih. Aku tahu dia tidak mahu itu. Aku tahu dia ingin aku mengucapkan kata-kata yang sama kepadanya, tapi aku belum bersedia. Atau lebih tepat, aku tidak tahu apa itu cinta. Aku tidak mahu melafazkan sesuatu yang aku tidak pasti akan maknanya.

Aku sudah terlupa bila kali pertama aku melafazkan kata cinta kepadanya. Tetapi yang pasti, aku tidak membuatnya menunggu terlalu lama. Mungkin selepas beberapa hari dia menyatakan yang dia mencintai aku. Aku menyedari yang aku juga mencintainya bila aku tahu yang aku tidak boleh kehilangannya, bila aku tahu yang aku tidak boleh hidup tanpanya, bila setiap kali dia menangis, aku menangis bersamanya, dan bila setiap kali dia ketawa, aku ketawa bersamanya.

Selama kami bersama, sudah banyak suka dan duka yang telah kami lalui..mungkin lebih banyak dari segelintir rakan-rakanku yang telah mendirikan rumahtangga. Aku teringat satu peristiwa di awal hubungan kami. Pada waktu itu, aku masih lagi sukar untuk mempercayai lelaki, walaupun lelaki itu adalah dia. Disebabkan oleh sikapnya yang terlalu baik terhadapku, aku sering terfikir, adakah layanannya itu akan kekal sehingga ke tua? Atau apakah ketika aku tidak lagi cantik, dia akan keluar mencari pengganti dan meninggalkan aku keseorangan di rumah? Aku sering berasa gelisah pabila mengenangkan perkara itu. Disebabkan aku banyak mengelamun pada waktu itu, dia sedar akan perubahan pada diriku. Dia cuba untuk mencungkil apa yang ada di benak fikiranku. Dengan rasa yang serba-salah, aku mengaku padanya yang aku mempunyai masalah untuk mempercayai lelaki, termasuk dia. Tidak dapat aku ceritakan bagaimana raut wajahnya ketika itu. Dia sungguh kecewa dengan kenyataanku, lalu menghisap beberapa batang rokok tanpa bersuara. Aku rasa bersalah, aku tahu aku telah melukakan hatinya. Aku tahu dia mengharapkan aku mempercayainya kerana dia mempercayai aku tanpa berbelah-bagi. Pada waktu itu, baginya, aku adalah nyawanya, dan bagiku, dia hanyalah seorang lelaki. Aku menangis di tengah-tengah kesibukan kota.

Setelah beberapa ketika, dia berpaling kepadaku. Dia melafazkan kata-kata cinta padaku. Dia meyakinkanku bahawa dia tidak akan berubah, bahawa dia hanya mencintaiku dan akan terus mencintaiku seorang. Dia meyakinkan aku bahawa dia akan tetap mencintaiku walau kulitku sudah kedut seribu, dan kepalaku telah dilitupi dengan helaian rambut putih. Dalam linangan air mata, dia meyakinkan aku. Aku menggagahkan diri untuk melihat wajah dia yang telah aku lukai. Ternyata dia ikhlas mencintaiku. Malam itu, segala keraguanku terhadapnya lenyap sama-sekali. Aku mempercayainya. Aku yakin akan dia. Aku tahu dia adalah yang terbaik untukku. Aku tahu aku mencintai dia.

Kini, aku hanya mengharapkan dan mendoakan hanya yang terbaik buat kami berdua. Aku berharap, walaupun aku tidak dapat bernikah dengannya pada hari ulangtahun pertama perhubungan kami, setidak-tidaknya dapatlah aku mengikat tali pertunangan dengannya. Aku sudah tidak sabar lagi menantikan detik aku diijabkabulkan dengannya, bergelar isteri kepadanya. Aku tidak sabar untuk melahirkan dan membesarkan zuriat kami. Aku sudah tidak sabar lagi untuk membina sebuah keluarga dengannya. Membina kehidupan dengannya. Kehidupan aku dan dia.

Ya, dia. Dia, yang merupakan
nyawaku,
nafasku,
hidupku,
bungaku,
bulanku,
matahariku,
pelangiku,
sinarku,
penyeri hidupku,
kekuatanku,
doronganku,
wangianku,
harapanku.

Dia adalah segala-galanya bagiku.

Dialah cintaku.

Jika apa yang aku alami ini adalah mimpi, jika apa yang aku alami ini adalah fantasi, biarkan aku enak dibuai mimpi ini. Jangan sekali-kali menyedarkan aku kepada realiti.

5 comments:

Zaiman Noris said...

TL:DR

kthxbye.

lol.

p/s:sile delete komen ini kerna ia akan mencacatkan superb masterpiece di atas.

Fiza Pushie said...

Wow, comment di atas tidak banyak menggunakan vowel (except for the p/s part).

Ape bende TL:DR??

Fiza Pushie said...

googled TL;DR

hahahahaha lol

cet zaiman

Wearn said...

Too manis. Good for you though. :)
I wanted to comment earlier but i couldn't. I can now!

p/s: why don't you also remove that verification thing, so annoying la.

Fiza Pushie said...

heheh manis sampai diabetes? :P

owh, can remove eh? nanti2 i tgk. i'm bad with technologies lah. huhu

Post a Comment