Hari ni malas. Dah berturut2 buat assignment. So, malam ni nak lepak.
Tulis blog lah. Dah lame tak tulis. Hmm..
Selamat hari raya aidilfitri 1431 hijrah! :D Semoga amalan kita semua pada bulan Ramadhan hari itu diterima oleh-Nya. (Speaking of which, terkilan tak dapat berpuasa 15 hari terakhir kerana ini)
Anyway, hari raya pertama pergi solat raya di Rumah Malaysia di Canberra. Itu rumah duta katanya. Btw, khutbah raya kali ini berkenaan silaturrahim. Kita diingatkan supaya tidak memutuskan silaturrahim dan bergaduh. Bukankah Islam itu agama keamanan? Mengajar kita menyayangi saudara seperti diri sendiri?
Tapi bila terbaca (atau sengaja membaca) artikel2 berunsur kebencian dari satu pihak kepada pihak yg lain, rasa sedih pula. Lagi2 pula dari satu muslim kepada muslim yang lain.
Dimana hubungan persaudaraan kita sebagai saudara sesama Islam?
Kadang2 rasa tak faham bila ahli2 politik bergaduh. Bukankah semua ahli politik (secara idealnya) mempunyai matlamat yang sama--ingin memajukan negara? Bukankah semua ahli politik (secara idealnya) mempunyai semangat patriotisma yang kuat dan cintakan negara sepenuh jiwa raga mereka? Dari bergaduh, sepatutnya ahli2 politik ini cuba mencapai kata sepakat demi kedaulatan dan kemajuan negara. (Secara idealnya) Pihak yang kalah dan seluruh rakyat sepatutnya memberi kerjasama kepada pihak yang menang, yang pada ketika ini memimpin kawasan/negeri/negara. Bantulah mereka menjalankan kerja mereka untuk memajukan kawasan yang mereka pimpin. Kalau kita asyik menekan mereka dengan kutukan2, susahlah mereka nak buat kerja. Kita suka ke kalau dikutuk tak pandai buat kerja kita, sedang kita sedang semangat nak buat kerja? Tidak suka, bukan? Jadinya, jangan buat kepada orang lain.
Tidak puas hati? Bukankah kita sudah diberi kebebasan untuk memilih pemimpin kita pada pilihan raya? 'Bersuara'lah pada kertas semasa pilihanraya. Bukannya bersuara pada waktu kita tidak mempunyai pilihan untuk 'bersuara'. Atau bersuara kepada orang luar yang tiada kena-mengena dengan negara, sehingga orang luar yang tiada kena-mengena ini memandang serong kepada negara. Bukankah negara ini negara kita? Baik buruk negara ini, kita perlu sayang, bukannya mencanai2kan kepada dunia tentang keburukan negara. Tidak malukah, membuka pekung di dada sendiri?
Tapi apakan daya. Kebanyakan ahli politik terlibat dengan politik semata2 kerana kuasa dan pengaruh, dan bukannya kerana kecintaan kepada negara. Orang2 yang cintakan negara yang terlibat dengan politik pula tidak begitu kelihatan kerana terbelit dan tersepit di tengah2 ahli2 politik yang gilakan kuasa dan pengaruh.
Owh, sedihnya!
Bersatulah wahai rakyat Malaysia. Cukup2lah menunding jari menyalahkan sesama sendiri. Apa kata kita semua duduk diam2 sebentar, berhenti bercakap, kemudian buat kerja yang sepatutnya dibuat dengan tekun. Tangan bergerak tetapi mulut diam. Bukankah itu caranya untuk memajukan negara? Bagaimana jika mulut tak berapa nak diam? Tampallah duck-tape yg tebal tu. Buka balik bila masa sudah hampir dengan pilihanraya. Tapi jangan tabur fitnah2 dan janji2 palsu pula, ya?
Owh, 'kerja yang sepatutnya' bukan 'menunding jari menyalahkan pihak lain dan memburuk2kan negara', ya? Tetapi kerja2 yang boleh memajukan negara. Alah, seperti saya yang sedang belajar dengan harapan suatu hari nanti saya boleh mencipta sesuatu yang boleh menaikkan nama negara disamping melahirkan generasi akan datang yang berpengetahuan dan mempunyai dedikasi untuk memajukan negara. Sekurang2nya insyaAllah, usaha saya yang kecil sekarang, akan terus berbuah di masa hadapan. Cuba bayangkan kalau saya belajar kurang dan sebaliknya asyik sibuk menyalahkan universiti kerana pelajaran terlalu susah. Sudah tentu saya tidak pandai2. Tetapi jika saya berhenti menyalahkan universiti dan tingkatkan usaha belajar, insyaAllah saya akan pandai. Susah kalau nak buat dua benda dalam satu masa ni. Jadinya, berhenti mengutuk, dan banyakkan bekerja, ya?
Owh, kan sudah terbebel. Tapi saya sudah penat. Penat membaca kutukan. Penat melihat orang menunjuk2 dan menuduh2. Penat melihat negara diburuk2kan di negara lain. Penat melihat rakyat Malaysia yang tidak pernah sayangkan negara.
Sudahlah, cubalah sayangkan negara. Ingat negara lain nak sangat dgn kita bila kita ke negara mereka?
Negara bagaikan rumah. Bila kita mengutuk negara kita, ia bagaikan kita mengutuk rumah sendiri. Bila kita mengutuk pemimpin negara, ia bagaikan kita mengutuk ibu bapa sendiri. Bila kita mengutuk rakyat2 negara kita, ia bagaikan kita mengutuk adik beradik sendiri. Sanggupkah kita berbuat begitu? Memburuk2kan rumah dan ahli keluarga sendiri?
Kalau kita sanggup, bermakna kita tak sayangkan 'rumah' kita. Pergilah ke 'rumah' lain. Mengharapkan belas kasihan dari 'isi rumah' di situ. Tetapi mahukah mereka. Kemungkinan besar kita akan tidak be'rumah'. Atau jika bernasib baik, kita dibenarkan menumpang di 'rumah' orang lain.
Tapi mahukah kita? Hidup menumpang?
Sudahlah, marilah bersatu. Bekerjasama. Sayangkan negara.
Bak nyanyian anak2 kecil (hingga ke orang dewasa):
"Apa yang penting?? KERJA-SAMA!"
(Popularkan kartun itu? Wonderpets?)
Salam silaturrahim.
p/s: mesti kelakar jika ada kanak2 tadika bertanyakan kepada guru mereka kenapa orang2 dewasa asyik bergaduh sedangkan di tadika diajarkan supaya bersatu dan bekerjasama. Lagi best kalau selepas itu mereka bertanya, "orang2 dewasa tak pergi tadika ke?" har har har.
p/p/s: marilah kita masuk tadika semula. har har har.
today I turn 35
4 years ago
5 comments:
betul betol betol...
jeny "upin ipin" i miss u! <3
-pushie
lah....i miss you too *3*
pushie I changed my blog URL la, so re-link ok! :)
http://iejaphyc.blogspot.com :)
relinked! :D
Post a Comment